
Afidavit adalah pernyataan sumpah bertulis yang pada kebiasaannya dibuat dalam suatu tindakan undang-undang. Bagi afidavit yang diikrarkan dalam Malaysia, afidavit tersebut boleh diikrarkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
Punca kuasa bagi Pesuruhjaya Sumpah untuk memeteraikan afidavit adalah dari Akta Mahkamah Kehakiman 1964 seperti berikut:
Pesuruhjaya Sumpah
11. (1)Mana-mana Pendaftar dan mana-mana orang yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah (tertakluk kepada apa-apa had yang dinyatakan dalam pelantikannya) boleh melakukan segala atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)menerima pengakuan perempuan bersuami dalam segala hal yang pengakuan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;
(b)menerima pengakuan ikatan jaminan dan bon jaminan;
(c)mengendalikan sumpah bagi—
- (i) justifikasi bagi jaminan;
- (ii)mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
- (iii)menerima dan mengambil jawapan, pli, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan manamana pihak atau pihak kepada apa-apa tindakan;
- (iv) pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau secara de bene esse atau secara utama atau pada bila-bila masa lain;
- (v)mengambil sumpah wasi dan pentadbir; dan
- (vi)mengambil sumpah orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang belum selesai atau yang baru hendak dimulakan di mana-mana mahkamah dalam mana-mana bidang kuasanya; dan
(d)mengambil dan menerima akuan berkanun.
Walau bagaimanapun, afidavit yang dibuat di luar Malaysia boleh diterima tanpa bukti pemeteraian di bawah A 41 k 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Afidavit yang dibuat di luar Malaysia boleh diterima tanpa bukti pemeteraian (A 41, k 12)
Suatu dokumen yang berupa dicapkan atau ditekankan di atasnya atau ditandatangani padanya meterai atau tandatangan Mahkamah, Hakim, notari awam atau orang yang mempunyai kuasa untuk memberikan sumpah dalam suatu negara Komanwel dan dalam hal mana-mana negara lain, meterai atau tandatangan seorang pegawai konsular suatu negara Komanwel dalam testimoni suatu afidavit dibuat di hadapannya hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti bahawa meterai atau tandatangan itu adalah meterai atau tandatangan Mahkamah, Hakim, notari awam atau orang tersebut.
Maka, berdasarkan peruntukan di atas, terdapat perbezaan bagi afidavit yang diikrarkan di negara Komanwel dan negara bukan Komanwel. Perbezaan ini boleh difahami dengan merujuk kepada kes Diageo Ireland v My Flexitank Industries Sdn Bhd [2015] 1 LNS 1176, di mana dalam kes tersebut telah diputuskan seperti berikut:
After considering the submissions of both parties, it is my considered view that the said affidavit in Reply was affirmed in accordance with O. 41 r. 12 ROC where Claire Lawlor, a solicitor of the United Kingdom, is a person having authority to administer oaths in a Commonwealth country, having being empowered under Rule 8.1 of the Solicitors Regulation Authority (SRA) Practice Framework Rules 2011.
Its is only in the case of any other country (non Commonwealth) that the seal or signature of a consular of a Commonwealth country is recognised. In fact, section 5 of the Oaths and Affirmation Act 1949 (Revised 1977) allows any person having authority to administer an oath in any place out of Peninsular Malaysia for an affidavit required for the purpose of any court or matter in Peninsular Malaysia. O.41 r. 12 ROC is consistent with the provision in section 5 Oaths and Affirmation Act 1949 (Revised 1977). With regards section 3(1) of the Diplomatic and Consular Officers (Oaths and Fees) Act 1959, it merely provides that every diplomatic and consular officer exercising his functions in any country or place outside Malaysia may in that country or place administer oath or affirmation and take any affidavit but it does not mandate they are the only ones, to the exclusion of others, who can perform this function. This section is only about powers as to oaths and notarial acts abroad that our Malaysian diplomatic and consular officer can perform, and not as a bar against the others who are authorised to perform such a function under O. 41 r. 12 ROC.
Secara ringkasnya bagi afidavit di luar Malaysia yang diikrarkan di negara Komanwel, afidavit tersebut boleh diikrarkan di hadapan Mahkamah, Hakim, notari awam atau orang yang mempunyai kuasa untuk memberikan sumpah dalam negara Komanwel tersebut.
Bagi negara bukan Komanwel pula, afidavit tersebut hendaklah dibuat di hadapan seorang pegawai konsular suatu negara Komanwel.