Know your maxim | MARAD AL-MAWT

Asal perkataaan: Arab

Terjemahan:
“Sakit yang biasanya membawa kepada kematian”

Doktrin marad al-mawt menurut prinsip perundangan Islam adalah berkaitan hukum pemberian (hibah) dan transaksi yang dimasuki oleh seseorang ketika berada di dalam keadaan marad al -mawt.

“Marad al maut” ertinya suatu penyakit yang boleh membawa maut yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

(a) penyakit itu pada lazimnya berakhir dengan kematian;
(b) penyakit itu menyebabkan kebimbangan kematian dalam minda pesakit sehingga menjejaskan kewarasan akal fikiran;
(c) hendaklah terdapat beberapa tanda luaran yang menunjukkan bahawa penyakit itu merupakan suatu penyakit yang serius; dan
(d) penyakit itu dideritai secara berterusan dalam tempoh tidak lebih daripada satu tahun;

Implikasi doktrin ini adalah sekiranya seseorang yang berada dalam keadaan marad al-mawt memberikan hartanya secara hibah kepada penerima hibah, maka hukum tersebut boleh berubah dari hibah kepada wasiat sekiranya kesemua syarat-syarat marad al-mawt dipenuhi.

Contohnya A dalam keadaan marad al-mawat telah memberi hibah keseluruhan hartanya kepada B anak angkatnya yang menjaganya. Maka, hukum pemberian tersebut akan tertakluk kepada hukum wasiat iaitu kadar harta ialah 1/3 dan bukan kepada waris, melainkan waris-waris A yang lain bersetuju. Namun, jika A sebagai pemberi hibah tidak meninggal dunia selepas itu dari penyakit yang dihidapinya, maka pemberian itu tertakluk kepada hukum hibah.

Sebagai perbandingan, mari kita bandingkan konsep marad-al mawt ini dengan konsep pemberian sewaktu tenat menurut ‘donatio mortis causa’ di dalam undang-undang Inggeris.

Rujukan:
1. Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 2016
2. Noor Lizza Mohamed Said & Adnan Mohamed Yusoff, (2020), Implikasi Marad Al-Mawt ke atas Akad Hibah, Journal of Contemporary Islamic Law, 5(2):22-28, http://www.ukm.my/jcil

Leave a comment