Pengurusan Pusaka | Siri 5 : Perlaksanaan wasiat

Hari ini, Siri Tahukah Anda akan menyentuh mengenai tertib keempat di dalam senarai keutamaan pengagihan pusaka iaitu Perlaksanaan Wasiat.

Sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat, maka wasiatnya hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu.

Tahukah anda terdapat perbezaan peruntukan yang terpakai kepada wasiat orang Islam dan wasiat orang bukan Islam.

Undang-undang yang terpakai untuk wasiat orang bukan Islam adalah Akta Wasiat 1959 Manakala, undang-undang yang terpakai untuk wasiat orang Islam adalah Enakmen negeri masing-masing. Setakat hari ini, Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Pahang adalah negeri-negeri di Malaysia mempunyai enakmen wasiat sendiri.

Disebabkan perbezaan ini, syarat-syarat bagi wasiat Muslim dan wasiat bukan Muslim adalah berbeza yang akan kami sentuh lebih lanjut dalam siri-siri seterusnya.

Leave a comment